http://i1067.photobucket.com/albums/u422/shyllz/largecopy.png

Saturday, November 26, 2016

Catatan Tiga Belas


Jika yang dikejar itu sempurna, maka hampa.

Kau tahu, hilang tanpa satu berita itu perit.
Kau tahu, diam tanpa sebarang bicara itu sakit.
Tidak. Aku tak rasa kau tahu itu.

Antara kau dan aku, bermacam cerita terjadi.
Dan aku tahu, tidak semua pengakhiran cerita berakhir dengan gembira.
Kerana kau lebih memilih derita.

Kita cuba untuk selamatkan keadaan.
Bukan. Aku yang cuba selamatkan keadaan.
Hingga aku ketepikan segala yang dinama ego dan pengorbanan.
Tetapi, semua yang terjadi ini tetap Allah izinkan.

Tak apalah.
Kerana yang namanya bahagia itu tidak semestinya berpasangan.
Asalkan kita merasa cukup dengan apa yang ada di tangan,
itulah punca bahagia yang aku harapkan.

Dan Dia yang di Atas sana, tak pernah zalim.
Yang diberi derita itu juga Ar-Rahman,
Yang diberi bahagia itu juga Ar-Rahim.
Kerana dia sudah berkata, (2:216)

Al-Baqarah : 2:216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.
Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.

Tahun 2016, Cruise River
Bandar Hilir, Melaka

Wednesday, December 2, 2015

Catatan Dua Belas


Pergilah wahai kekasih hati...

Dua tahun lepas dari tarikh ini,
Nenda pergi tinggalkan kami
Pergi menuju ke negerinya yang abadi

Di tarikh ini dia pergi
Pergi ke dalam peluk cium Illahi
Pergi membawa bukti deritanya yang tidak terperi

Nenda...
Tanpa sedar dua tahun sudah berlalu
Dua tahun yang penuh duri dan liku

Nenda...
Kami masih rasa sakitnya waktu kali terakhir melihat nenda
Kami masih rasa sedihnya, pedihnya bila nenda dah tiada
Kami rasa satu kehilangan, kami rasa derita

Nenda...
Kami rindu...
Rindu suara nenda,
rindu bebelan nenda,
rindu masakan nenda,
rindu senda gurau nenda,
rindu segalanya tentang nenda.

Benarlah orang kata,
yang tiada itulah akan jadi permata di dalam jiwa

Nenda...
Tenanglah di sana.
Berbahagialah wahai bidadari syurga.
Kebahagiaan nenda di sana akan sentiasa ada di dalam doa.

Dalam kenangan,

Zainab Bt Md Salleh
08 Ogos 1939 - 02 Disember 2013
Al-Fatihah...

Tahun 2015, City Square
Johor Bahru, Johor