http://i1067.photobucket.com/albums/u422/shyllz/largecopy.png

Wednesday, November 10, 2010

Catatan Enam



Tak semua perkara itu perlu dinilai dengan mata.

Jangan tahu menyalahkan,
kalau kau tak duduk dalam kasut aku
kalau kau tak pakai baju saiz aku

Jangan pernah menilai,
kalau kau sendiri tak tahu duduk perkara sebenar
kalau kau sendiri tak pasti yang mana salah, yang mana benar

Sudahlah...
Lagi elok kau tanya dia,
kenapa dia mencari aku, bukan kamu
Lagi baik kau tanya dia,
Apa yang dia nak dari aku, bukan kamu

Betullah.
Lidah itu bisanya lagi perit dari belahan pisau.
Betullah...

Tahun 2010, Tanjung Balau

Kota Tinggi, Johor

Sunday, November 7, 2010

Catatan Lima



Antara sejarah dan kenangan, 
aku pilih melupakan.


"Kita dah tak ada apa-apa dan takkan ada apa-apa."


Ingat lagi ayat itu?
Ayat yang pernah kau ungkapkan dulu.
Ayat yang buat aku sedar,
antara aku dan kamu,
tak mungkin akan jadi seperti dulu.

Jadi...
Untuk apa kau kembali?
Kalau setakat mahu mendera hati
Kalau hanya untuk menyeksa diri

Sudahlah
Aku pulangkan kembali apa yang kau pernah beri
Ayat itu...ayat yang menyeksa jiwaku.

"Kita dah tak ada apa-apa...
dan tak mungkin akan ada apa-apa..."

Tahun 2009, UiTM
Kampus Segamat, Johor


Sunday, September 12, 2010

Catatan Empat



Syurga itu dari dia. Mem.

Permintaan yang kecil,
cuma kiriman air lobak susu.
Yang mudah untuk kami memenuhinya
Yang disambut dengan senyuman lebar kesukaan

Minumnya tak adalah sebanyak mana
Tapi kesannya, dia muntah-muntah hingga tiada daya.

Allah! Dugaan semacam apakah ini?

Dalam hati yang bergundah gulana,
aku tanyakan kenapa.
Yang cuma dibalas dengan gelengan kepala
Dalam wajah yang kepucatan rupa.

Sabarlah.
Allah sudah berkata, (2:286)
Al-Baqarah : 286
Sesungguhnya Aku tidak menguji hamba-Ku yang tidak mampu...

Tahun 2010, Putriwangsa
Ulu Tiram, Johor

Wednesday, February 10, 2010

Catatan Tiga


Yasin buat Ayahtok.

Ia yang dipanggil takdir...

Sedang aku asyik melayari internet pada malam ahad itu,
tiba-tiba...
NOBODY WANNA SEE US TOGETHER

BUT IT'S DUN MATTER KNOW................

Handphone Puan Mem menjerit minta diangkat
Tertera panggilan dari kampung
Macam biasa, Puan Mem hulurkan kepada Encik Ayah

"Hello Assalamualaikum...iye ke? Hmm yelah....Waalaikumsalam..."

Seketika, sepi kuasai ruang di dalam rumah.
Tak ada sesiapa yang mahu bersuara,
atau mampu bersuara.
Hinggalah...


Mia : Kenapa yah?
Encik Ayah: Alang Pi cakap Ayahtok tengah nazak

Diam lagi.
Barangkali saat itu malaikat sedang menjaga hati kami,
sedang memerhati tingkah sedar kami.

Sepuluh minit berlalu...

NOBODY WANNA SEE US TOGETHER
BUT IT'S DUN MATTER KNOW...............

Handphone Puan Mem menjerit lagi
Yang dijawab Encik Ayah dalam kadar segera

"Hello Assalamualaikum."

Perlahan suara Encik Ayah berlagu sambil berlalu pergi.
Hanya sayup yang terdengar menerjah telinga kami.
Sayup, dan cukup perlahan.

"Tak apalah. Uruskan dulu, tak perlu tunggu abang..."

Kemudiannya,
Encik Ayah muncul semula.
Saat itu, merah matanya, mungkin sedang menahan perit di hati,
sedaya upaya.
Supaya yang terpamer hanyalah kekuatan jiwa.

Sepi. Semuanya menjadi sepi.
Hinggalah...

"Ayahtok...dah tak ada..."

Tanpa banyak kata, kerja-kerja dunia kami tinggalkan.
Perjalanan menuju ke kampong kami redahi dengan hati yang berdukacita.

Tepat jam 11:45 malam kami bertolak dari Johor ke Perak.
Jam 7:35 pagi kami tiba di rumah Ayahtok.....

Salam diberi...


Perlahan kaki melangkah menuju ke dalam
Merapati jenazah Ayahtok,
yang kekal kaku beku, berbaring di tempatnya.

Betullah.
Kullun nafsin dzo iqotul maut.
Sesungguhnya, setiap yang bernyawa itu pasti menemui mati.

Tahun 2010, Kampong Luat,
Lenggong, Kuala Kangsar, Perak...


Friday, February 5, 2010

Catatan Dua


Dia itu. Nomi.

Perkenalan aku dengan dia
Indah khabar dari rupa
Dek kerana satu salah faham,
yang aku sendiri tak pasti sengaja atau tidak
Kami bertengkar
Saling menyalahkan
Saling menegakkan ego di kepala

Tapi, itulah takdir yang indah
Antara aku dengan dia
Tidak lama, kami jadi kawan
Kawan dalam istilah yang sebenarnya
Walau sampai sekarang,
aku masih tak tahu siapa nama sebenarnya.


Tahun 2006, Kem Semarak
Pekan, Pahang...

Friday, January 29, 2010

Catatan Satu




Yang namanya juga sahabat.

Sahabat
Hanya satu dalam seribu
Satu dalam sejuta
Malah, mungkin tiada dalam sekitar kita

Aku?
Ada. Tipulah kalau aku cakap tak ada.
Macam mustahil.
Ya. Memang mustahil.

Ija, Wani, Amy.
Tiga sahabat dunia akhirat.
Sangat rapat.
Saling memahami.
Saling memerlukan.

Tahun 2005, Taman Kota Jaya,
Kota Tinggi, Johor