http://i1067.photobucket.com/albums/u422/shyllz/largecopy.png

Wednesday, December 2, 2015

Catatan Dua Belas


Pergilah wahai kekasih hati...

Dua tahun lepas dari tarikh ini,
Nenda pergi tinggalkan kami
Pergi menuju ke negerinya yang abadi

Di tarikh ini dia pergi
Pergi ke dalam peluk cium Illahi
Pergi membawa bukti deritanya yang tidak terperi

Nenda...
Tanpa sedar dua tahun sudah berlalu
Dua tahun yang penuh duri dan liku

Nenda...
Kami masih rasa sakitnya waktu kali terakhir melihat nenda
Kami masih rasa sedihnya, pedihnya bila nenda dah tiada
Kami rasa satu kehilangan, kami rasa derita

Nenda...
Kami rindu...
Rindu suara nenda,
rindu bebelan nenda,
rindu masakan nenda,
rindu senda gurau nenda,
rindu segalanya tentang nenda.

Benarlah orang kata,
yang tiada itulah akan jadi permata di dalam jiwa

Nenda...
Tenanglah di sana.
Berbahagialah wahai bidadari syurga.
Kebahagiaan nenda di sana akan sentiasa ada di dalam doa.

Dalam kenangan,

Zainab Bt Md Salleh
08 Ogos 1939 - 02 Disember 2013
Al-Fatihah...

Tahun 2015, City Square
Johor Bahru, Johor

Saturday, January 24, 2015

Catatan Sebelas


Kau tak sedar, apa yang jadi antara kita,
tetap ada Tuhan.

Seperti yang dijangka,
kalau sekali je aku balas text dari dia.
Confirm dia akan balas berkali-kali
dengan kata-kata makian.

Kononnya aku ni sial.
Akulah bangsat.
Aku jugaklah otak udang.

Bangang!
Suka-suka hati menuduh sembarangan.
Siapa yang tak matang?
Siapa yang otak udang?
Dasar biadab!

Kalau kau tu matang sangat,
kau takkan maki aku.
Kau takkan menuduh tanpa usul periksa.
Dan kau takkan heboh dekat semua orang.

Jadi, siapa yang bangang?
Kaulah!

No choice.
Aku maki balik.
Aku pun pandai jugak marah.
Pandai jugak maki hamun orang.
Apa nak jadik pun jadiklah.
Yang penting, aku nak bagitau,
kau tak sentiasa betul.
Dan aku bukan sentiasa salah.

Betullah.
Sabar orang ada hadnya.
Dan kau, berkali-kali cuba mencabar sabarnya aku.
Maaf!
Kali ni kau betul-betul silap orang.

Tahun 2015, Desa Sejahtera
Kota Tinggi, Johor