http://i1067.photobucket.com/albums/u422/shyllz/largecopy.png

Saturday, November 26, 2016

Catatan Tiga Belas


Jika yang dikejar itu sempurna, maka hampa.

Kau tahu, hilang tanpa satu berita itu perit.
Kau tahu, diam tanpa sebarang bicara itu sakit.
Tidak. Aku tak rasa kau tahu itu.

Antara kau dan aku, bermacam cerita terjadi.
Dan aku tahu, tidak semua pengakhiran cerita berakhir dengan gembira.
Kerana kau lebih memilih derita.

Kita cuba untuk selamatkan keadaan.
Bukan. Aku yang cuba selamatkan keadaan.
Hingga aku ketepikan segala yang dinama ego dan pengorbanan.
Tetapi, semua yang terjadi ini tetap Allah izinkan.

Tak apalah.
Kerana yang namanya bahagia itu tidak semestinya berpasangan.
Asalkan kita merasa cukup dengan apa yang ada di tangan,
itulah punca bahagia yang aku harapkan.

Dan Dia yang di Atas sana, tak pernah zalim.
Yang diberi derita itu juga Ar-Rahman,
Yang diberi bahagia itu juga Ar-Rahim.
Kerana dia sudah berkata, (2:216)

Al-Baqarah : 2:216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.
Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.

Tahun 2016, Cruise River
Bandar Hilir, Melaka