http://i1067.photobucket.com/albums/u422/shyllz/largecopy.png

Saturday, October 20, 2012

Aku minta maaf.


Catatan Tujuh

Tahun 2012, Taman Kota Jaya
Kota Tinggi, Johor


Aku...
Nyatanya bukanlah sahabat kau yang terbaik
Bukan juga sahabat semacam apa yang kau inginkan
Itu bukan aku.

Kau...
Sentiasa ada tak kira aku dekat mana
Sentiasa menyokong walau di dalam diam
Sentiasa menjaga walau hanya sekadar memandang

Tapi...
Ayat itu...ayat itu...

"Kita pernah rapat, kita pernah menjadi sahabat."

Kau tahu tak makna 'pernah' tu?
Tahu? Atau pura-pura tak tahu?

Tak apalah.
Sebab aku dah nampak dekat mana letaknya nilai seorang sahabat.

Aku...
Aku cuma mahu jadi seperti aku.
Yang mampu marah tika marah itu ada.
Yang bisa nangis tika air mata berlagu di birainya
Yang boleh ketawa sesuka hati yang sedang ria

Kau...
Walau macam mana sekalipun,
kau tetap sahabat aku.
Sahabat terbaik aku. 
Sahabat dunia akhirat aku.

Is..
Aku minta maaf...