http://i1067.photobucket.com/albums/u422/shyllz/largecopy.png

Tuesday, February 26, 2013

Catatan Lapan


Antara ditinggalkan dan meninggalkan,
aku pilih aku.

Bila ada yang tanya aku.
Kau dah tak menulis blog lagi ke?
Buat aku teringatkan diari kecil aku yang satu ini.
Baru tersedar yang agak lama aku biarkan ianya sepi.

Kesian!
Aku tinggalkan kau sendirian.
Maaf kerana aku mengulangi kesilapan dulu.
Maaf.

Bila diselongkar isi dalamannya.
Ahhh berhabuk!
Terpaksa dikemas semula.
Disusun atur.
Dan dibersihkan.
Agar ianya tampak segar dan selesa.

Sedang aku menyusun atur.
Mengubah.
Membuang apa yang tidak perlu.
Dan menambahkan apa yang kurasakan perlu,
aku terfikirkan sesuatu.

Ditinggalkan atau meninggalkan?

Aku meninggalkan blog ini terbiar sepi,
atau sebenarnya aku yang ditinggalkan sepi?

Idea yang dahulunya ada.
Cukup banyak.
Melimpah luah seakan lari jauh dari aku.
Seakan tidak mahu mendekat.
Hinggakan sampai pada satu tahap,
aku terpaksa 'memaksa' ianya keluar.
Keluar nun jauh di dalam tengkorakan kepala.

Puas aku torehkan kepala dengan bilahan pisau tajam.
Jenuh aku keluarkan otak itu.
Dibelah dua.
Dikorek-korek.
Agar isi idea yang membeku di situ dapat aku keluarkan.

Letih.
Letih bermain dengan dunia sendiri.

Tapi,
itulah dunia aku.
Peduli apa!

Dan inilah hasilnya.
Aku tinggalkan kau yang lama.
Dan aku ambil engkau yang baru.
Moga perubahan itu membawa sesuatu
yang lebih baik buat aku.
Buat semua!

Tahun 2013, Bandar Baru Uda
Johor Bahru, Johor

No comments: