http://i1067.photobucket.com/albums/u422/shyllz/largecopy.png

Monday, December 1, 2014

Catatan Sepuluh


Bersama biar menyatu, tetapi antara kau dan aku,
tak ada itu.

Disember sudah pun memunculkan diri. 
Disember yang membawa sedikit kesan waktu dulunya. 
Disember yang kononnya ditunggu-tunggu.

Benar, hati masih merusuh. 
Banyak macam mana pun usaha dilakukan untuk melupakan segala rasa yang pernah memenuhi hati, 
tetap juga tak mampu.

Rasa dikhianati, rasa dikecewakan, 
rasa ditakut-takutkan. 
Hanya kerana satu hal yang amat remeh.

Ya! 
Mungkin keputusan yang terakhir itu dianggap kejam kerana langsung tak diberikan walau satu peluang. 
Peluang? Masih adakah peluang? I dont think so.
Sebabnya, peluang dah diberi dulu lagi. Waktu kali kedua ikatan diikat. 
Kenapa tak dijaganya peluang terdahulu.

Cukuplah! 
Jangan terus menyakiti kalau tak mahu disakiti. 
Mungkin benar, kita memang punya haluan tersendiri. 
Dan kita punya impian sendiri. 
Kita juga punya cara tersendiri untuk meraih impian yang kita ciptakan dengan jalan yang tersendiri.

Kalau kamu rasa cara aku seakan mempergunakan kamu, maka teruskan. 
Aku sentiasa melangkah maju ke hadapan dan aku harap kamu juga begitu. 
Anggaplah setiap yang berlaku antara kita adalah satu perkenalan yang salah.

Macam apa yang kamu kata, kamu menyesal kenal aku. 
Titipkan dalam hati kamu, sematkan di situ kemas-kemas. 
Jangan diingat aku lagi. 
Sebab, aku takkan sesekali berpaling dan melangkah kepada kamu semula.



Tahun 2014, Desa Sejahtera
Kota Tinggi, Johor

1 comment:

surat hitam said...
This comment has been removed by the author.